Menara Big Ben

Istana Westminster, Menara Jam dan Jambatan Westminster

Big Ben telah dibina sebagai sebahagian rekaan Charles Barry untuk istana yang baru selepas Istana Westminster lama telah dimusnahkan dalam kebakaran pada malam 16 Oktober 1834.

Menara ini yang tingginya 96.3 meter (316 kaki) direka bentuk dalam gaya Gothik Victoria. 61 meter (200 kaki) yang pertama struktur ini merupakan menara jam dan dibina dengan bata yang disaluti oleh batu; yang selebihnya merupakan puncak menara berangka yang diperbuat daripada besi tuangan. Menara ini berdiri di atas asas konkrit yang berukuran 15 meter kali 15 meter, dengan tebalnya sebanyak 3 meter (9 kaki), pada kedalaman sebanyak 7 meter (23 kaki) di bawah aras bumi. Beratnya Menara Big Ben sebanyak lebih kurang 8,667 tan panjang (9,553 tan metrik). Keempat-empat muka jam terletak 55 meter (180 kaki) di atas aras bumi.

Akibat keadaan bentuk muka bumi tanah sejak pembinaannya, Menara Big Ben condong sedikit ke barat laut sebanyak lebih kurang 220 milimeter (8.66 inci). Disebabkan kesan-kesan haba, menara ini condong setiap tahun sebanyak beberapa milimeter pada arah timur-barat.

Rujukan

WikiPedia: Big Ben http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000102&si... http://www.earthcam.com/uk/england/london/bigben.p... http://www.bigben.freeservers.com/index2.html http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=london&ll=... http://widgets.opera.com/widget/4961 http://www.skyscrapernews.com/buildings.php?id=452 http://widgets.yahoo.com/gallery/view.php?widget=3... http://www.ctbuh.org/Portals/0/Tallest/CTBUH_Talle... http://big.ben.gallery.sytes.org/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...